28 October 2022

ALIFF SYUKRI BIMBANG ISTERI HAMIL URI BAWAH: "BLEEDING NANTI KENA PAKSA LAHIRKAN BABY"



"Bahaya sebab tekanan udara lagi sebabkan bleeding nanti kena paksa lahirkan baby," demikian tutur isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida yang kini sedang hamil anak keenam dan mengalami placenta previa atau uri di bawah.


Lebih mengejutkannya lagi, jika Shahida tidak berjaga-jaga dalam kehamilan kali keenam ini, bayi dalam kandungannya boleh dipaksa untuk keluar.

Perkara tersebut didedahkan Aliff dalam satu paparan skrin mesej perbualannya dengan isterinya di aplikasi WhatsApp. Paparan skrin itu dimuat naik ke satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.

Dalam kapsyen entri itu, Aliff meluahkan rasa bimbang akan kesihatan isterinya dan dalam masa sama, meminta agar mendoakan agar urusannya dan isteri dipermudahkan sehingga mereka menimang cahaya mata mereka kelak.

Klik untuk gambar besar



"Ya Allah ya Tuhanku kau permudahkanlah segala-galanya... banyak event terpaksa saya cancel. Jujurnya saya tidak ada pengalaman placenta atau rahim kebawah untuk anak-anak saya sebelum ni...

"Pendarahan dah berkali-kali berlaku dan doctor nasihat jangan berjalan langsung... padahal wife saya jalan pun guna kerusi roda kemana sahaja... Siapa ada pengalaman macam ni... dan apa patut saya buat untuk baby dan wife @shahidadherbs saya selamat?," tulisnya.

Untuk makluman, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida yang merupakan bekas penyanyi nasyid pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: