28 October 2022

"SAYA MEMANG KENA BUAT SEBAB ADA JANGKITAN" - LANA NODIN AKUI TAK SENGAJA TERMUAT NAIK VIDEO SELEPAS BEDAH HIDUNG



"Saya merakam video itu selepas beberapa hari buat pembedahan. Video itu juga untuk kegunaan pihak klinik untuk mereka muat naik di YouTube bagi kegunaan mereka. Mungkin nak melihat hasil yang dibuat sebelum dan selepas.


"Sebenarnya saya nak simpan dulu video itu, tapi secara tidak sengaja termuat naik. Pada mulanya tak tahu pun hingga ada kenalan yang mesej peribadi (DM) cakap mengenai video berkenaan. Saya pun tertanya-tanya video apa. Apabila tengok semula, rupanya video yang dirakam tadi.

"Saya memang nak berkongsi perkara ini, tapi tunggu selepas sembuh dan balutan dibuka. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Itu sebab, saya ada buat sesi siaran langsung di TikTok dan tunjuk saja keadaan sebenar," itulah kata pelakon Lana Nodin yang menjelaskan tindakannya memadam hantaran video yang dimuat naik di Instagram Story.

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan hidung Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 42, berbalut sehingga membuatkan orang ramai terkejut melihat penampilan pelakon itu.

Lana menerusi Instagram Story miliknya sebelum ini ada memuat naik video tersebut sebelum bertindak memadamnya. Bagaimanapun, video itu sempat dimuat turun pengguna sebelum dimuat naik di internet dan dilaporkan media.

Klik untuk gambar besar



Jelas Lana, dia sebenarnya mahu menyimpan dulu video itu, namun secara tidak sengaja termuat naik. Tambah Lana, dia memang nak berkongsi perkara ini iaitu selepas sembuh dan balutan dibuka.

Dalam pada itu, Lana berkata, pembedahan hidung yang dibuat pada Khamis lalu itu susulan daripada prosedur sebelum ini. Selain itu, Lana turut memberitahu, dia mendapat sokongan daripada suami untuk melakukan prosedur berkenaan.

"Ya, saya buat pembedahan hidung di Korea. Kenapa? Saya memang kena buat pembedahan ini sebab tempoh hari ada jangkitan. Lagi pula, saya memang kena buat prosedur ini 10 tahun sekali selepas mengalami kemalangan motosikal jenis RXZ sewaktu zaman sekolah.

"Disebabkan kemalangan itu juga saya perlu menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidung. Saya di sini (Korea) sudah dua minggu dan minggu depan baru balik.

"Suami suruh rehat dan jalan-jalan di sini. Biar saya sihat okay sepenuhnya. Sebenarnya, suami juga yang memberi sokongan dan merancang pembedahan ini. Dia yang menyuruh saya buat," ujarna yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: