29 October 2022

BILA MASYA MASYITAH TAYANG KERETA PORSCHE YANG HARGA CECAH RM700,000



"Nothing is impossible in this world... Anything can be done with confidence.. 💪🏻," tulis penyanyi Masya Masyitah pada perkongsian gambarnya bersama sebuah kereta mewah model Porsche 718 Cayman.


Memetik Cari Forum, difahamkan kereta mewah dipercayai milik Masya itu berwarna biru terang dikatakan mencecah harga RM700,000.

Perkongsian Masya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan pencapaian penyanyi itu yang kini mampu memiliki kereta mewah tersebut.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Masya berjaya membeli rumah keduanya kediaman dua tingkat yang pada ketika itu baru sahaja berusia 21 tahun dengan hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Manakala, rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium yang dibeli dengan harga RM300,000 secara tunai ketika berusia 19 tahun. Tahun lalu, Masya berkongsikan berjaya membeli rumah keduanya kediaman dua tingkat.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: