29 October 2022

"SAYA ADA SEMUA TRANSAKSI PEMBAYARAN NAFKAH... SELAMA INI JAGA AIB" - ADAM SHAHZ BIDAS KENYATAAN FATIN AFEEFA



Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa, 28, mendakwa bekas suaminya, pelakon Adam Shahz tidak menjalankan tanggungjawab apabila tidak memberikan nafkah pada anak-anak mereka selama 4 tahun.


Enggan berdiam diri, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, tampil menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu dengan berkata, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab itu dan menyimpan semua transaksi pembayaran sejak mereka berpisah.

Sebelum ini, Adam menerusi beberapa perkongsian di Instastory miliknya mendakwa Fatin sengaja memutar-belit cerita sebenar tentang perceraian mereka. Kata Adam, tindakan Fatin membangkitkan isu tuntutan nafkah ini dilihat sekadar untuk meraih perhatian orang ramai di media sosial.

"Saya ada semua transaksi pembayaran nafkah sebagai bukti. Kalau ada yang hilang pun boleh pergi bank minta print semula. Tak wujud isu kononnya saya gagal membayar nafkah.

Klik untuk gambar besar



"Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Dia seolah-olah menjadikan saya bahan marketing dengan cerita kisah ini di media sosial sehingga ada orang yang maki saya.

"Apa yang cuba dia sembunyikan sehingga saya dijadikan sebagai 'benteng' untuk orang maki? Jangan seronok sangat bercakap kerana takut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Terkesan dengan pandangan orang ramai yang dilihat seakan-akan menuding jari ke arahnya, Adam menasihatkan Fatin supaya membawa perkara tersebut ke pengadilan jika benar dia tidak melunaskan tanggungjawab.

"Kalau ada cerita begini biasanya lelakilah yang akan nampak salah. Daripada cerita di media sosial lebih baik dia mengadu ke mahkamah jika saya tidak bayar nafkah. Gunakan jalan yang betul.



"Apa yang dia buat beri kesan kepada saya dan keluarga. Orang sekeliling mula bercakap tentang kisah lama kami. Sekarang orang sudah tahu bahawa saya bukan suami pertama. Dia sendiri yang buka kisah tersebut," katanya.

Untuk makluman, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.

Pasangan ini bercerai pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dan ketika itu kedua-dua bersetuju bahawa hak penjagaan anak dilakukan bersama.


Bagaimanapun Adam memberitahu kebelakangan ini dia sukar bertemu anaknya itu atas pelbagai alasan yang diberikan oleh Fatin dan juga keluarganya. Justeru Adam membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan hak yang sepatutnya sebagai seorang bapa.

"Hak penjagaan anak tidak diputuskan oleh mahkamah dan kami setuju untuk melakukannya bersama. Sejak bercerai anak kami tinggal bersama keluarga Fatin dan saya akan datang ambil apabila ingin berjumpa.

"Namun sejak dua minggu lalu saya sudah tidak bertemu anak. Katanya belajar di sekolah tahfiz dari pagi sehingga malam. Macam-macam alasan diberikan.

"Saya dah tak boleh berdiam. Selama ini asyik nak sorokkan kisah sebenar dan menjaga aib. Sebagai langkah awal saya akan buat tuntutan di mahkamah tentang hak penjagaan anak. Selebihnya saya belum boleh kongsi," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: