29 October 2022

TUNAI NAZAR SELEPAS SEMBUH C0V1D - EINA AZMAN & SUAMI TERBANG KE TANAH SUCI BUAT UMRAH KALI KEDUA



"Assalamualaikum... Tahun lepas Eina ada bernazar untuk suami Eina selepas kena C0V1D. Alhamdullilah, semuanya dipermudahkan jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah untuk kali ke-2.


"Jadi di sini Eina dan suami ingin meminta maaf kalau kami ada salah dan silap. Doa kan kami selamat pergi dan selamat pulang. Insya-Allah semoga yang baik-baik untuk kita semua 🤍🤍🤍," itulah tulis pelakon Datin Eina Azman menerusi laman Instagram miliknya.

Melihat pada perkongsian itu, Eina telah terbang ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah buat kali kedua bersama suaminya iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Harden.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, memberitahu dia menunaikan ibadah umrah itu bagi menyempurnakan nazar selepas suaminya sembuh daripada jangkitan C0V1D pada Ogos tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Eina turut memohon maaf seandainya mereka ada melakukan salah dan silap serta berdoa semoga ibadah itu dipermudahkan.

Meninjau di ruangan komen, pengikut mendoakan agar pasangan ini mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan.

Pada 31 Ogos tahun lalu, pasangan ini disahkan positif C0V1D semasa hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka. Selain Eina dan suami, dua pembantu rumahnya turut disahkan positif C0V1D. Namun cahaya mata kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, tidak dijangkiti virus berkenaan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: