30 October 2022

"APABILA DAH TUA... AMBIL & JAGA AYAH" - ZIANA ZAIN TAK MAHU ANAK-ANAK PUTUS HUBUNGAN, DERHAKA KEPADA BAPA



"Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu. Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya," katanya.


"Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka," demikianlah kata penyanyi Ziana Zain yang menjelaskan dia sama sekali tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka iaitu Armin Zaharin.

Empat tahun memegang status ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.

Klik untuk gambar besar



Ketika di temu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua , Ziana Zain dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Madah Berhelah' ini juga memberitahu dia sudah meninggalkan pesanan kepada anak-anaknya agar menjaga bapa mereka itu apabila sudah tua kelak. Malah, dia sama sekali tidak memarahi jika mereka mengambil tanggungjawab itu.

Terdahulu, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018. Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: