30 October 2022

MINTA BERDAMAI - KAZAR ANGGAP KONTROVERSI ANAK BUKAN MASALAH BESAR



"Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita. Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah.


"Ia bukan masalah besar sangat," ujar pelakon veteran, Kazar yng memohon masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan segera.

Dalam pada itu, ditanya berhubung kes berkenaan, Kazar bagaimanapun enggan memberi sebarang komen lanjut kerana kataya, ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Klik untuk gambar besar



Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.

"Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah. Ira okey sahaja... kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya," tuturnya.

Sebelum ini, Sarah membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail turut mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul. Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: