30 October 2022

LISA SURIHANI & YUSRY TERBANG KE TANAH SUCI, TUNAI UMRAH



Pada 26 Oktober lalu, pasangan selebriti popular iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani telah terbang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama dengan Jemaah lain.


Berita pemergian pasangan itu dikongsikan sendiri oleh satu syarikat travel agensi yang menmbawa mereka dan jemaah lain untuk ke Tanah Suci. Dilaporkan mereka serta dengan jemaah lain tiba di Kota Madinah pada 8.30 malam pada Jumaat.

"Antara jemaah Irkaz Travel & Tours adalah Dato' Yusry dan Datin Lisa Surihani. Alhamdulillah, segala urusan semua jemaah dipermudahkan dan telah sampai di Kota Madinah pada jam 3.30 petang waktu Madinah dan 8.30 malam waktu Malaysia.

"Semoga urusan ibadah Jemaah Irkaz Travel & Tours dipermudahkan dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin. Insya-Allah," maklum mereka yang turut berkongsikan banyak foto dan video perjalanan jemaah dari lapangan terbang KLIA sehingga ke Madinah.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: