30 October 2022

"SAYA BUAT UNTUK MERAWAT, ITU BUKAN HARAM" - LANA NODIN NAFI UBAH CIPTAAN ALLAH, TAK KISAH DIKECAM



"Ini duit suami saya. Tak kisah la guna duit bakeri pun janji halal. Bukan saya guna duit korang pun! Saya dah hilang mood nak 'live', korang lebih suka dengar perkara yang merepek.


"Tak kisah la kalau korang masih nak pertikai. Kalau saya tak terlibat dalam kemalangan, saya simpan saja cerita ini. Suami saya cakap berani kerana benar. Saya di pihak benar, buat apa nak takut!

"Saya dah semak, fatwa pun kata kalau saya buat untuk merawat, itu bukan haram. Kalau sengaja ubah ciptaan Allah, itu yang haram! Haram ini pun, kau dengan Tuhan, bukan manusia. Saya hidup bukan nak puaskan hati semua orang.

"Kenapa saya nak takut kecaman netizen. Saya bukannya mengubah ciptaan Allah, sebaliknya saya merawat hidung akibat kesan kemalangan yang dialami ketika berusia 17 tahun. Saya bukannya artis hipokrit. Saya tahu ada ramai artis membuat pembedahan wajah, tetapi cuba berahsia.

Klik untuk gambar besar



"Apabila saya mendedahkan perkara ini dalam laman Instagram (IG), saya menerima banyak mesej peribadi termasuk selebriti yang berminat mengetahui kos dan lokasi pembedahan dilakukan.

"Keputusan membuat pembedahan hidung di Korea Selatan didorong suami yang tidak suka melihat saya dikecam berikutan kecacatan dialami pada bahagian hidung," itulah tegas pelakon Lana Nodin

Nama Lana sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan di media sosial selepas berkongsi pengalaman melakukan pembedahan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.



Terbaharu menerusi laman sosial, Lana memuat naik video keadaan hidungnya selepas dibuka 'cast'. Dalam rakaman itu, aktres berumur 42 tahun dilihat tersenyum gembira melihat hasil pelaburan mencecah RM166,000.

Di ruangan komen, hidung baharu Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mendapat pujian daripada rakan artis dan peminat setia. Aada yang memuji hidung Lana seperti patung Barbie.

Dalam pada itu, ada pengguna sosial lain masih mengecam tindakannya itu. Kata Lana, dia enggan melayan provokasi dan tidak terkesan dengan kecaman tersebut yang menyelar perbuatannya kerana sudah mendapat keizinan suami.



Ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan, dia terlebih dahulu merujuk kepada pakar agama dan menyemak hukum memperbaiki hidung akibat kecelakaan: "Mereka nyatakan apa yang dilakukan tidak salah kerana saya mahu mendapatkan rawatan, bukannya mengubah ciptaan Tuhan," ujarnya.

Mengulas kos pembedahan jenis 'rhinoplasty' yang menelan belanja sebanyak RM166,000 itu, pelakon drama 'Suamiku Lelaki Pendosa' itu berkata, ia disebabkan perkhidmatan terbaik ditawarkan hospital berkenaan.

"Sejujurnya, saya takut dengan jarum. Masa suami cadangkan saya buat pembedahan, timbul perasaan berbelah-bahagi. Namun, suami meyakinkan saya bahawa pusat perubatan dicadangkan itu adalah yang terbaik, jadi saya mengikut sahaja.



Memaklumkan pembedahan kali keempat dilakukannya menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik kerana sering terkena jangkitan, isteri kepada David Mckenzie itu memberitahu pembedahan berkenaan berjalan lancar dan mengambil masa selama lapan jam.

"Sebaik sedar, hidung sudah berbalut. Saya sangkakan kesan kesakitan akan berlarutan, tetapi rupanya tidak. Memang tiada sebarang komplikasi berlaku, wajah pun tidak bengkak. Sesuailah dengan nilai kos dikeluarkan.

"Saya akan berada di Seoul dalam tempoh dua minggu lagi. Suami mahu saya berehat," tuturnya yang sebelum ini mengakui pernah menjalani tiga kali pembedahan 'rhinoplasty' bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: