30 October 2022

LUTUT ELLY MAZLEIN ALAMI KECEDERAAN KETIKA PENGGAMBARAN: "ALHAMDULILLAH, TAK SERIUS..."



"Alhamdulillah, tak serius. Cuma berjalan itu agak tak seperti Miss World lah dik," tulis penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein di laman Instagramnya dimana ia disertakan dengan gambar bahagian lututnya yang dipakai dengan penyokong lutut.


Menerusi hantaran sama, Elly yang mengalami kecederaan di lutut ketika penggambaran itu mengucapkan terima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.

"Apabila tak disangka-sangka. Terima kasih sayang-sayang saya, Shahrulezad, Radius One, Encik Fazli, Encik Sham, artis, dan kru pasukan manjakan Kepom (saya) sangat.

Klik untuk gambar besar



"Tolong Kepom siap letak 'spray' lah, ais lah, beli itu, beli inilah untuk si budak lutut yang meletup ini. Siap panggil orang fisioterapi datang periksa lutut. Terima kasih," katanya.

Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu juga memaklumkan bahawa kecederaannya tidak terlalu serius. Namun, Elly tidak menjelaskan dengan terperinci, bagaimana insiden itu berlaku.

Rata-rata, peminat dan pengikutnya di Instagram mendoakan kesejahteraannya dan memintanya supaya berhati-hati ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 9 malam ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: