10 October 2022

BILA SABRONZO (DOLLA) KENA SINDIR PAKAI SKIRT PENDEK: "SEBAB KERJA... ALAMAK TERLEPAS PANDANG LAGI"



Kumpulan Dolla baru-baru ini telah menerima kecaman hebat dek tampil seksi ketika membuat persembahan dalam acara Good Vibes Weekender.


Bagaimanapun, kumpulan tersebut sudah pun membuat permohonan maaf mengenai isu berkenaan serta mengakui mereka terlepas pandang mengenai soal pemilihan pakaian.

Terbaru, salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya sedang menari bersama Angle yang juga ahli kumpulan tersebut.

Namun, apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah skirt pendek yang dipakai oleh Sabronzo menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar



Susulan itu, ada segelintir netizen menyindir Sabronzo yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan pemakaiannya itu adakah disebabkan tuntutan kerja atau sebaliknya.

Meskipun ada yang memerlinya, namun ada yang memuji pemakaian Sabronzo dan Angel yang dilihat sangat cantik.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: