10 October 2022

DIPAKSA BUAT 'STUNT' SENDIRI HINGGA ALAMI KECEDERAAN - WAFARIENA TERKILAN PENGARAH LEPAS TANGAN



Pelakon Wafariena Roslan meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama telemovie 'berjudul Mata Tak Berhijab' itu seolah bersikap lepas tangan dan tidak langsung bertanya khabar mengenai dirinya yang dimasukkan ke sebuah hospital perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat melakukan babak aksi penggambaran telemovie tersebut.


Jelas Wafariena, mula berasa sakit selepas diminta melakukan babak aksi sekitar jam 3 pagi di sebuah kawasan hutan terletak di Lenggong, Perak. Menurutnya lagi, babak itu sepatutnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri namun pengarah memintanya untuk melakukan aksi itu sendri.

"Lepas melakukannya badan saya mula rasa sakit sehingga badan lemah tidak boleh bergerak. Sekitar pukul 6 pagi, saya pergi ke klinik berhampiran dan doktor berikan suntikan ubat tahan sakit. Namun, disebabkan keadaan saya sakit teruk, doktor minta saya melakukan pemeriksaan di hospital.

Klik untuk gambar besar



"Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya sata okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan. Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak. Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri," ujarnya yng dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Sementara itu, Wafariena memaklumkan dia kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan lanjut pihak hospital sebelum menerima rawatan lanjut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: