07 October 2022

"DIA DAH SEDAR & BOLEH ANGGUK KEPALA..." - ADIK KONGSI KEADAAN TERKINI KOMPOSER WAN ZUL



Adik kepada komposer terkenal tanah air Che Wan Zulkifli Che Wan Abd Ghani, 61, memaklumkan abangnya yang sebelum ini dilaporkan kritikal itu kini sudah sedar. Menurut Che Wan Zuhani, abangnya ini dijaga anaknya di Hospital Kemaman sebelum itu terpaksa ditidurkan sehingga keadaannya kembali stabil.


Che Wan Zuhani, 58, berkata abangnya yang lebih dikenali sebagai Wan Zul, dimasukkan ke Hospital Kemaman sejak Ahad lalu akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. Katanya, Wan Zul masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman.

"Ketika itu, jantungnya laju hingga terhenti sekejap dan kembali normal dan doktor bagi dia ubat serta oksigen dan asid dalam darahnya juga baik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Che Wan Zuhani, dia bersyukur kepada Tuhan selepas abangnya itu telah mula sedar dan stabil namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Tambah Wan Zuhaini, walaupun abangnya itu sangat kuat semangat dan masih mencipta lagu sekalipun berdepan masalah kesihatan.

"Saya menyeru kepada masyarakat Malaysia supaya turut sama berdoa supaya dia lekas sembuh. Ramai rakan-rakan abang memanjatkan doa dan memberi kata-kata semangat kepada kami sekeluarga. Dia mana boleh duduk diam, lagu sudah sebati dengan jiwanya dan semangatnya masih ingin mencipta lagu," tuturnya.

Terdahulu Wan Zul berkahwin dengan Tengku Siti Famah dan memiliki sepasang anak iaitu Che Wan Norsyikin dan Che Wan Noradli.

Kariernya sebagai komposer menyaksikan Wan Zul mencipta lagu popular kumpulan Iklim iaitu Suci Dalam Debu. Dia turut mencipta lagu popular lain seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Aduhai Seribu Kali Sayang (Iklim), Kerana Takdir (Saleem), Biografi Cinta Luka (Iklim), Itulah Cintaku (Ilusi), Selanjur bercinta (Aisyah) Di Badai Asmara (Sera), Khazanah Dari Malaya (Ayati Tasrip) dan banyak lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: