07 October 2022

"SEBAGAI PENERBIT, SAYA BERTANGGUNGJAWAB..." - ERMA FATIMA MAAFKAN YANG MEMAKI HAMUN, TAK MAHU JADI SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA



"Allah tidak pernah silap. Apa yang berlaku adalah apa yang Allah rancangkan untuk menyampaikan pesanan-Nya kepada kita semua. Terserah bagaimana kita hendak menerima pesanan itu.


"Kepada yang seolah-olah maha mengetahui apa perancangan Allah itu, tak perlulah hendak mengambil alih kerja Tuhan. Menyumpah sana sini... bermaki-makian, tak cukup itu menghantar mesej peribadi lagi. Instagram saya bukan untuk itu. Saya tiada masa nak layan.

"Namun terima kasih dan anda semua yang gemar memaki hamun itu telah saya maafkan," ujar penerbit dan pelakon Erma Fatima yang menyifatkan kontroversi melanda drama 'Perempuan Itu' sebagai pesanan Tuhan kepada semua pihak.

Erma, 54, menerusi hantaran di laman Instagram miliknya berkata, insiden itu sepatutnya dijadikan pengajaran dan bukannya meletakkan hukuman sehingga ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat.

Klik untuk gambar besar

Terdahulu, Erma pernah mempersoalkan kenyataan dibuat pelakon drama berkenaan iaitu Zul Ariffin yang menyifatkan pihak lain yang terbabit sebagai 'malaikat' dan dirinya sahaja sebaliknya.

Erma dalam satu kenyataan berkata, bukan Zul sahaja yang bersalah dalam hal berkenaan tetapi mempersoalkan tindakannya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Sementara itu, Erma berkata, sebagai seorang manusia biasa dia mengakui kelemahan di pihaknya sekaligus mengambil tanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku.



Bagaimanapun, Erma turut berharap drama 'Perempuan Itu' nanti dapat menyampaikan pesanan berguna kepada penonton apabila ia ditayangkan kelak.

"Saya bukan malaikat, saya juga tidak mahu jadi syaitan bertopengkan manusia. Cukuplah sekadar menjadi seorang manusia yang menyedari kelemahan dengan rendah hati.

"Sebagai penerbit, saya bertanggungjawab atas semua kelemahan produksi saya dan apa yang terjadi ini adalah pesan daripada Allah khusus buat saya. Semoga Perempuan Itu akan menyampaikan apa sesungguhnya pesan dari-Nya. Amin," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: