07 October 2022

GELARAN 'DATUK' - IFA RAZIAH PULA DIPETIK NETIZEN, DAKWA TIADA DALAM SENARAI



Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah sebelum ini pernah mendedahkan dia sebenarnya sudah lama mendapat gelaran 'Datuk' pada tahun 2016 dari negeri Perak. Ifa bagaimanapun berkata dia lebih selesa tidak menggunakan gelaran tersebut kerana dia mahu dikenali sebagai Ifa Raziah sahaja.


Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai suami kepada beberapa selebriti didakwa tidak mempunyai gelaran 'Datuk'. Terbaru, tular satu perkongsian di TikTok dimana individu tersebut melakukan carian di laman web istiadat.gov.my yang mana ia adalah laman sesawang untuk memeriksa gelaran yang diberi kepada individu berkelayakkan.

Bagaimanapun, menerusi video dikongsikan pengguna TikTok itu, mendakwa nama selebriti itu tiada di dalam sistem. Menerusi video itu turut disertakan kapsyen dimana pengguna TikTok itu memuji Ifa yang tidak pernah menggunakan gelaran tersebut.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mereka kurang percaya kerana sebelum ini selebriti itu dikatakan pernah menunjukkan bukti menerima gelaran berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin nama di dalam sistem tersebut tidak dikemaskini lagi.

Terdahulu, Ifa berkata tidak mahu terlalu menunjuk dia telah dikurniakan gelaran Datuk kerana baginya pangkat bukan segalanya serta mengakui dia dikurniakan darjah Ahli Setia Diraja dari negeri Perak.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: