07 October 2022

AL-FATIHAH - BAPA NABIL AHMAD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Sekitar pukul 2 petang, Jumaat, bapa kepada pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail telah meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang akibat komplikasi jantung.


Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

"Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

"Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.

"Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: