08 October 2022

SELEPAS PEMINDAHAN BUAH PINGGANG - ALONG EYZENDY SEMAKIN PULIH, AKUR TERPAKSA LETAK BATASAN DALAM LAKONAN



Selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang 15 April tahun lalu, pelakon Along Eyzendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, sudah bersedia kembali dalam dunia lakonan.


Jelas Along, dia banyak menerima pertanyaan tentang keadaan terkininya selepas menjalani pembedahan itu selain ditanya sama ada dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan atau pun sebaliknya.

"Ramai bertanya dah boleh berlakon ke? Dah sihat ke? Insya Allah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja. Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya takut memberi tekanan pada badan," katanya.

Terdahulu, kisah Along menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanannya. Buah pinggang itu kemudiannya dimasukkan ke bahagian kiri buah pinggangnya dan pembedahan itu berjaya apabila organ itu berfungsi dengan baik.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Along memaklumkan dia sudah mula menjalani penggambaran namun sentiasa memastikan kesihatannya terjaga. Meskipun merasakan dirinya mampu melakukan lebih daripada sepatutnya, namun dia terpaksa akur dengan keadaan dirinya selain perlu berhati-hati agar tidak timbul sebarang komplikasi.

"Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan saya sudah mula menjalani penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.

"Kalau tak cukup tidur, dia akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan. Ikutkan hati saya redah sahaja tapi badan tak berapa kuat dah," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: