08 October 2022

ISTERI SAHKAN HAMIL ANAK KEENAM - ALIFF SYUKRI KENA USIK: "LAHIR 2023... WAU DAPAT 'ONE-OFF' RM500 TAHNIAH"



"Ya, saya sedang hamil anak keenam, usia kandungan baru masuk tiga ke empat bulan. Saya tidak terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini. Ini kali keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya menjalani kehidupan macam biasa saja.


"Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya. Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang mengemaskini perkembangan terkini di media sosial.

"Apa yang dimuat naik pun gambar atau video lama," itulah jelas isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida yang mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak keenam, selepas tular video dirinya sedang mengusap perutnya baru-baru ini.

Kata Shahida, usia kandungan sudah mencecah empat bulan dan dia mengalami alahan teruk di awal kehamilan hingga jarang berkongsikan perkembangannya di media sosial.

Dalam pada itu, Shahida berkata dia terkejut apabila tular video di media sosial mengenai dirinya hamil apatah lagi dia sudah mempunyai lima orang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar



"Cuma itulah bila perkara ini menjadi tular, saya pun rasa pelik. Kita bukan baru hamil, anak pun dah lima orang. Apa pun saya mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan semua. Doakan agar urusan seterusnya dipermudahkan. Memang kami merancang nak enam orang anak.

"Soal jantina saya serahkan kepada Allah SWT. Kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, cuma yang penting mendoakan agar bayi dalam kandungan ini sihat," ujarnya.

Sementara itu, selepas isteri Aliff Syukri mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak keenam, wargamaya pantas memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata ucapkan tahniah lalu mengusik Aliff Syukri sebagai bapa yang bukan biasa-biasa kerana kini sedang menantikan detik untuk sekali lagi menimang cahaya mata.

Tidak kurang juga yang menyifatkan mereka beruntung kerana anak yang bakal dilahirkan pada tahun 2021 itu akan menerima wang tunai sebanyak RM500 sebagaimana yang dibetangkan Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.


"Lahir 2023... wau dapat 'one-off' RM500 tahniah." - "Datuk dapat RM500 macam RM5 je kan, tahniah jua." - "Tahniah RM500 dalam tangan." - "Untunglah.... lahir 2023 dapat RM500, baru tadi kerajaan umum."

"Tahniah tahniah, sentiasa dimurahkan rezeki. Aku pulak yang seronok." - "Respect la org yang ada ramai anak. Tak sakit ke weh. Aku ni trauma rasa." - "Abaikan yang mengata. Panggil lembut pun boleh 6 tau," antara komen-komen netizen.

Terdahulu, kerajaan bakal memberi RM500 secara 'one-off' kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun depan.

Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia itu bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.

Untuk makluman, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: