19 October 2022

"SEMOGA ALLAH SIMPULKAN HATI KAMI SEERAT MUNGKIN...." - MAS IDAYU MUAT NAIK FOTO ROMANTIK



"Dari dulu mummy sangat suka postingan-postingan yang ceramah, yang sweet, yang hint-hint, sapa yang suka mesti mereka akan komen, "iya mummy aku juga seperti itu mummy..." dan tidak semestinya untuk mummy... mummy suka mendengar komen mereka yang berbagi rasa... itu saja ...


"Buah hati terindah mummy hanya seorang saja... Biar pun inai di jari semakin memudar, namun doa kami semoga Allah simpul kan hati kami seerat mungkin....," itulah tulis penyanyi dangdut, Mas Idayu pada sebuah video yang memaparkan foto romantik bersama suami tercinta.

Menerusi entri itu yang dimuat naik di laman Instagram, Mas Idayu berkata dari dulu lagi dia memang suka mengenai perkongsian berbentuk ceramah dan kata-kata.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 50 tahun itu turut menitipkan kata-kata manis kepada suaminya dan berharap rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Mas Idayu meluahkan rasa kesal dan bengang dengan laporan sebuah portal hiburan mendakwa rumah tangganya didakwa sedang bergolak susulan perkongsiannya di Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mas Idayu menjelaskan perkahwinannya baik-baik sahaja dan sejak dulu lagi dia suka berkongsikan kapsyen sedih, kelakar dan gembira.

Untuk makluman, Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3 iaitu Muhammad Sufian Che Isa dengan sekali lafaz pada 16 September lalu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: