19 October 2022

UKIR TATU SEMENTARA DI LEHER - AARON AZIZ JAWAB KRITIKAN: "BUKAN SALIH, ITU DAGGER... KORANG INGAT AKU KAFIR KE?"



"Itu bukan salib, itu dagger (pisau). Korang ingat aku kafir ke? Semua pisau mestilah ada batang (pemegang) dia. Lainlah kalau aku guna pisau yang buat sapu jem atau peanut butter tu... Itu bukan salib! Cubalah buka minda. Husnuzon sikit," demikian ujar pelakon Datuk Aaron Aziz.


Perkongsian Aaron yang menunjukkan bahagian lehernya dipenuhi tatu bagi menjayakan watak untuk penggambaran filem 'The Original Gangster' itu mengundang kecaman dalam kalangan peminatnya.

Ada pihak mendakwa, lakaran tatu tersebut dikatakan mempunyai simbol seolah-olah lambang salib yang terletak di tengah-tengah bahagian tengkuk sehingga membuatkan ramai tampil menegur pelakon berasal dari Singapura itu.

Aaron bagaimanapun dilihat enggan terus berdiam diri mengenai isu diperkatakan apabila tampil menjelaskan lakaran yang disangka salib itu sebenarnya adalah pisau dikenali sebagai dagger dan bahagian dilihat seperti lambang simbol itu adalah pemegang alat senjata berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Pelakon yang berasal dari Singapura itu menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya. Sementara itu, Aaron meminta agar pengguna laman sosial bersikap lebih terbuka dan tidak mudah membuat andaian buruk dengan hanya satu paparan yang dimuat naik di laman sosial.

Di sebalik isu berkenaan, ramai dalam kalangan peminat Aaron meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem terbaharu arahan Syamsul Yusof itu.

"Macam ini pun dah gempak, bila keluar nanti mesti pecah panggung." - "Aaron Aziz kalau bawa watak gangster memang menjadi... Malek is back!," antara komen-komen pengguna laman sosial.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: