19 October 2022

KONGSI MOMEN BERTEMU INDIVIDU DAKWA 'CICIT RASULULLAH' - UMIE AIDA TERIMA PELBAGAI REAKSI



Baru-baru ini, menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Datin Seri Umie Aida telah berkongsi momen indah dimana dia berpeluang bertentang mata dengan individu bernama Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang mendakwa dirinya merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.


Dalam hantaran tersebut, Umie memuat naik video menunjukkan anak angkatnya, Aisya Humaira didukung oleh Mawla dan berharap satu hari nanti mereka dapat bertemu semula.

"Allahumma salli 'ala sayyidina muhammadin wa'ala ali sayyidina muhammad. InsyaAllah... Semoga diberikan rezeki lagi untuk pertemuan akan datang. Aamiiin.. 💝 #menyantuntetamu #maulidurrasul," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Umie yang menerima lebih 16,000 tanda suka dan lebih 300 komen daripada pengikut itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-ratanya memuji keterbukaan Umie berkongsi momen pertemuannya itu, namun ada juga yang membangkitkan persoalan mengenai kesahihan status lelaki berkenaan yang mengaku sebagai cicit Rasulullah itu.

"Kalau di Facebook, macam-macam hinaan. Walhal nak sambut Maulidul Rasul sahaja. Kalau artis luar datang sanggup bayar RM500 ke RM600 elok pula manusia toksik di Malaysia ni.



"Yang datang untuk hiburan disanjungi. Yang datang untuk kebaikan amalan, dicaci. Takutnya akhir zaman. Tak pelik pun manusia sekarang. Zaman Rasulullah berdakwah pun orang benci. Datang sambut maulid je. Alim ulama dah cakap husnuzon. Lebih baik berdiam, dari berkata yang tak baik," tulis pengguna laman sosial.

Untuk makluman, nama lelaki berasal dari Maghribi ini menjadi perbualan hangat netizen selepas dia tiba di Malaysia untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul, baru-baru ini.

Bagaimanapun kehadirannya menimbulkan perbalahan antara beberapa pihak selepas dia mendakwa dirinya adalah keturunan Rasulullah. Kisahnya hangat diperkatakan apabila program agama yang dirancang tidak mendapat kelulusan jabatan agama beberapa negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan, sehingga ia terpaksa dibatalkan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: