19 October 2022

BATUK KAHAK BERTERUSAN - EZZATY ABDULLAH ALAMI MASALAH PARU-PARU BERLENDIR



"Ada lendir banyak pada paru-paru saya menyebabkan paru-paru dan kerongkong aktif keluarkan lendir itu. Disebabkan itulah saya batuk kahak sangat lama. Tapi semalam sudah buat rawatan dan diberi ubat steroid untuk hentikan lendir itu.


"Tadi baru buat ujian untuk jantung pula. Petang ini baru dapat keputusan ujian itu," jelas pelakon Ezzaty Abdullah, 32, mengenai dirinya yang baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta dekat Petaling Jaya, sejak semalam, sebelum disahkan mengalami masalah paru-paru berair.

Menurut Ezzaty, dia sebenarnya patut ke hospital lebih awal. Katanya lagi, dia berdepan batuk kahak berterusan sejak lebih empat bulan lalu sebelum mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya itu. Pelakon drama 'The Maid' itu mengakui sangat sukar bekerja sepanjang tempoh batuknya berterusan itu.

Klik untuk gambar besar



"Seksa juga sewaktu penggambaran susah nak berdialog kerana asyik batuk saja. Patut dua minggu lalu kena masuk wad tapi nak habiskan penggambaran dulu dan sudah janji dengan Harum (anak perempuan) pergi Legoland," katanya.

Ezzaty bagaimanapun memaklumkan keadaannya sudah bertambah baik selepas menjalani rawatan semalam. Dia akan ditahan selama beberapa hari di hospital untuk pemantauan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: