19 October 2022

RITA RUDAINI ULAS ISU CIKGU FADLI: "ORANG YANG JUJUR, BUAT KERJA BAIK AKAN DITINDAS, DIBENCI"



"Kan dah cakap... orang yang jujur, orang yang buat kerja baik atau betul akan ditindas, akan dipijak, akan dibenci. Kena perangai sy*it*n sikit, bawa blower besa-besar, lidah kena bercabang tujuh, muka kena tampal plastik tujuh lapis, bertukar jadi lembu, barulah orang sayang, barulah orang lambung sampai bulan.


"Sekarang kerja apa pun memamg kena macam ni barulah boleh cari makan. Kami support Cikgu Fadli," tulis pelakon Rita Rudaini menerusi laman Instagram dimana dia adamemuat naik posting mengenai Cikgu Fadli serta mengatakan individu yang jujur dan buat kerja dengan baik pasti akan ditindas dan dipijak.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai Cikgu Fadli yang bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

Perkara itu turut mendapat perhatian ramai yang memberikan sokongan terhadap guru tersebut termasuk Rita Rudaini. Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang bersetuju dengan kenyataannya itu serta turut memberikan sokongan pada Cikgu Fadli.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: