"Apa yang boleh dikata, saya belum bersedia lagi berkongsi apa-apa berkaitan peribadi (rumah tangga). Selama ini pun, saya memang tidak pernah berkongsi soal peribadi berbanding karier. Bagi saya, setiap orang ada pendapat masing-masing untuk pandang setiap masalah itu macam mana.
"Sebabnya, kita semua tidak terlepas daripada mengalami masalah," demikianlah kata elakon Luqman Hafidz, 31, yang belum bersedia menjawab spekulasi berkaitan rumah tangganya dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi, 31 yang didakwa sudah berakhir.
Luqman atau nama sebenarnya, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, berkata, dia seorang yang tidak berkongsi mengenai peribadi selama ini, namun tetap menjadi perhatian juga.
Ujarnya lagi, dia berharap pendekatan yang diambilnya untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai perihal peribadi ketika ini diterima baik semua orang kerana tidak mudah untuk diceritakan.
Klik untuk gambar besar
"Macam saya kata, daripada dulu lagi memang saya tidak pernah berkongsi kisah peribadi kepada umum. Saya faham sebagai anak seni, orang memang nak tahu cerita peribadi kita.
"Jadi, kalau orang masih nak buat spekulasi, terserah.Saya pun mahukan ketenangan. Perkara itu (rumah tangga) saya akan cakap juga, cuma tunggu masa yang sesuai," tuturnya.
Pelakon filem 'Ola Bola' ini berkata, dia juga tidak boleh menutup mulut orang yang membuat spekulasi itu. Katanya, apa yang pasti kini fokusnya lebih ditumpukan kepada karier dan kerja-kerja seni.
Terdahulu, Luqman bertemu jodoh dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 selepas empat tahun bercinta. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia setahun lapan bulan.
________________________
No comments:
Post a Comment