20 October 2022

OKTOVIA MANROSE: "BERKAT DOA & ISTIQOMAH SEORANG BAPA... JADI ASBAB SAYA DAPAT HIDAYAH"



Pelakon Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman yang kini sudah berhijrah ke arah lebih baik dan berhijab baru-baru ini telah berkongsi kisah penghijrahannya.


Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Oktovia berkata, penghijrahannya itu adalah berkat doa bapanya, penyanyi dangkut terkenal iaitu Iwan Syahman. Jelas Oktovia, bapanya menjadi asbab dia menerima hidayah untuk berubah.

"Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.

"Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Oktovia, dia pernah bertanyakan kepada dirinya sendiri sama ada sempat ataupun tidak untuk berubah menjadi serta menerima pengampunan daripada Allah.

"Dulu pernah bertanya pada diri sempat kah aku? Allah terima ke aku? Sentiasa la bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umat Nya yang benar-benar ikhlas. In Shaa Allah.

"Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat redha Allah. Bukan saja dari banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi dari istiqomah dalam melakukan kewajipan kita pada Allah SWT," tuturnya.

Diakhir perkongsiannya itu, Oktovia turut berdoa agar keluarganya terus istiqamah dan mendapat pengakhiran yang khusnul khatimah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: