Penyanyi Bunga Isme baru-baru ini ada memuat naik video di akaun TikTok miliknya dimana ia memaparkan dirinya sedang berjalan sambil menyanyi secara 'miming'.
Perkongsian penyanyi itu menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial. Namun, apa yang lebih menjadi bualan apabila mata netizen tertumpu pada subang yang dipakai oleh Bunga di hidungnya.
Ramai yang mempersoalkan adakah aksesori itu dibenarkan untuk dipakai ketika berada dalam kawasan universiti. Sementara itu, ada juga yang berseloroh mengatakan subang yang dipakai oleh Bunga itu seperti mata kail dan juga keychain atau gegantung kunci.
Dalam pada itu, Bunga dilihat menjawab pertanyaan pengguna laman sosial yang ingin tahu apa tujuan pemakaian subang di hidung dengan mengatakan ianya sekadar fesyen.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment