20 October 2022

BERTEMU 'CICIT NABI MUHAMMAD' - USTAZAH ASMA' HARUN DITUDUH TAK JAGA IKTILAT?



Nama seorang lelaki yang didakwa keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi ketika ini hangat diperkatakan apanbila dia hadir di sebuah majlis ilmu.


Kehadiran lelaki itu disambut baik oleh orang ramai dan golongan pendakwah turut bertemu dengan individu tersebut sebelum dia pulang ke Maghribi.

Memetik Cari Forum, kelibat pendakwah terkenal, Ustazah Asma' Harun juga menjadi sebutan kerana bertemu lelaki berkenaan.

Sementara itu, tular perkongsian seorang pengguna Twitter dimana dia mempersoalkan sama ada Ustazah Asma' dan Ebit Lew menyokong kehadiran 'cicit Nabi Muhammad' berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ada juga yang bersangka baik memandangkan kehadiran lelaki berkenaan itu tidak membawa ajaran yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia.

Dalam pada itu, ada pengguna laman sosial yang mempertahankan Ustazah Asma' bertemu Mawla dimana beliau sekadar untuk mengambil berkat ulama.

Malah, ada juga menuduh Ustazah Asma' tidak menjaga ikhtilat atau pergaulan kerana dikatakan berdiri berdekatan beberapa lelaki lain walaupun dengan kehadiran suami di sisi.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: