20 October 2022

YASMIN HANI NAFI TINGGAL SERUMAH DENGAN KEKASIH: "DIA SELALU DATANG MAKAN... MAK SAYA NAK LETAK MANA?"



"Dia selalu datang rumah saya untuk makan. Sampaikan kalau dia tidak ke rumah, pembantu rumah saya sendiri kata sunyi bila Alif tak datang. Tiada siapa nak habiskan makanan.


"Kalau nak kata saya tinggal serumah dengannya, mak saya nak letak dekat mana?" itulah jawab pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang tampil menafikan dakwaan kononnya dia dan teman lelaki iaitu pelakon Alif Hadi tinggal serumah.

Ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa kesal terhadap pengguna laman sosial yang sering berprasangka buruk tanpa memikirkan perasaan keluarga orang lain. Yasmin memberitahu dia menetap bersama ibu, manakala Alif hanya datang untuk menjamu selera bersama keluarganya.

Malah, bagi Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, situasi orang berkunjung ke rumah adalah perkara biasa dan tidak perlu dijadikan bahan bualan ramai.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ahli keluarga datang ke rumah kita, kita layan seperti biasa kan? Tapi kenapa bila orang luar, bila kekasih datang rumah, ada yang kata kita tinggal serumah," ujarnya.

Dalam pada itu, Yasmin turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia dan Alif bakal berkahwin pada tahun ini. Ini jelas Yasmin, mereka kini masih belum ada perancangan serius untuk mendirikan rumah tangga.

"Tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Saya mahu pastikan Alif benar-benar bersedia kerana saya mempunyai cara sendiri menguruskan keluarga. Buat masa ini kami belum ada perancangan ke arah itu.

"Anak saya memang selesa dengan Alif, tapi dia pun ada ayah sendiri. Jadi, ia adalah proses yang panjang untuk menyesuaikan dengan waktu. Kalau kami memang mahu berkahwin, saya akan umumkan kepada semua," katanya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: