20 October 2022

CIK B KATA AYAH TAK PERNAH ADA UNTUKNYA



"Ayah saya tidak pernah ada untuk saya," demikian tulis anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pada sebuah video trend yang dimuat naik di TikTok menggabungkan gambar-gambar bersama ibunya ketika dia masih kecil hingga terkini.


Menerusi video tersebut, Cik B dilihat meluahkan perasaan bahawa bapanya tidak pernah ada bersamanya melainkan ibunya. Dalam pada itu, Cik B juga mengatakan bahawa disebalik seorang anak yang 'cool' sudah pasti mempunyai ibu yang hebat dan luar biasa.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang memahami luahan hati remaja itu serta ada yang berkongsikan berdepan pengalaman sama.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan Vida mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak. Mahkamah turut memberi hak kepada kedua anaknya membuat keputusan untuk bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: