"Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap. Contohnya, aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih tiba-tiba dia bercerita benda lama pernah buat dengan dia yang isteri sendiri tak tahu.
"Bukan ke ia akan merosakkan hubungan tu?" ujar pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad yang memberitahu bahawa dia tidak membenarkan isterinya, Nazirah Ayub untuk berkawan baik dengan bekas kekasihnya.
Kata pengacara program nyanyian Gegar Vaganza ini, perbuatan itu juga sebenarnya tidak baik bagi hubungan suami isteri di masa akan datang. Ini kerana kata Nabil, setiap manusia mempunyai masa lampau dan selalu membuat kesilapan.
Dalam masa sama, Nabil juga mempersoalkan keperluan untuk melakukan hal seperti itu dan ia seolah-olah boleh 'menjahanamkan' diri sendiri. Perkara tersebut diluahkan Nabil ketika slot 3 Pagi Era bersama penyampai yang lain iaitu Pak Azad dan Radin.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment