Drama 'Tiada Maaf Buatmu' yang baru sahaja ditayangkan televisyen itu bagaimanapun telah menerima kritikan. Ini kerana ada satu babak iaitu episod 2 drama tersebut yang dilakonkan oleh pelakon Zamarul Hisham dan Zahirah Macwilson telah menarik perhatian dan menjadi bualan ramai.
Mana tidaknya, dialog Zamarul yang memegang watak sebagai Datuk Mazlan disifatkan oleh pengguna laman sosial sebagai 'double meaning' dan menggelikan.
Menerusi babak yang dipaparkan, Zamarul membuka ikatan tangan dan kaki Zahirah yang membawa watak Cempaka yang meminta untuk dilepaskan kerana mahu ke tandas.
Klik untuk gambar besar
"Alahai putihnya kaki, merah buku lali ni..tumit. Ok I buka. Kaki pun wangi ni haa… ni bidadari ke apa ni. Ni toilet... Jangan lama-lama ok. Pergi basuh bersih-bersih ok, tak basuh pun tak apa I suka," kata Datuk Mazlan.
Dalam pada itu, ada yang mengkritik dialog berkenaan kerana disifatkan tidak sesuai untuk tontonan pelbagai peringkat usia lebih-lebih lagi buat mereka di bawah umur.
Meskipun babak sedutan itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang meluahkan rasa geram dengan dialog tersebut, namun ada juga yang memuji lakonan hebat Zamarul.
________________________
No comments:
Post a Comment