21 October 2022

"KAMI TIDAK BOLEH JADI PASANGAN LAGI" - SAKINAH DAH BERPISAH DENGAN MICHAEL HANSEN?



"Kami mempunyai pendapat yang berbeza, kepercayaan berlainan, perspektif dan ideologi. Disebabkan itulah kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Inilah pengakhiran," demikian kata pelakon Sharifah Sakinah menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.


Semua sedia maklum mengenai Sakinah dan suaminya yang merupakan seorang warganegara Sweden, Michael Hansen dimana mereka menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh.

Sakinah dalam masa sama juga memberitahu dia kerap berulang alik dari Sweden ke Malaysia untuk bertemu dengan anak tunggalnya yang kini sedang membesar.

Terbaru, Sakinah telah memuat naik gambar bersama suaminya serta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya yang seakan memberi bayangan rumah tangga bersama jejaka itu sudah berakhir. Perkongsian Sakinah itu telah menerima perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Sakinah juga dilihat menutup ruangan komen di posting tersebut. Menerusi Insta Story, Sakinah dilihat memuat naik posting mengenai kelas kecerdasannya seperti biasa.

Hasil tinjauan, Sakinah dan Michael ada berkongsikan momen percutian mereka di Dubai pada awal Oktober lalu, malah mereka dilihat sangat bahagia.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan daripada Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired mengenai status rumah tangganya.



Sementara itu, menerusi mesej suara yang dikirimkan kepada BH Online, Sakinah mohon maaf tidak dapat menjawab panggilan untuk memberi penjelasan berhubung perkongsiannya itu.

"Hari ini, saya sibuk kerana ada sesi fotografi diikuti penggambaran drama Kampung People 3. Ramai media menghubungi saya, tetapi saya tak dapat menjawabnya. Saya minta maaf," katanya.

Pada Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan dia dan Michael sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. Sakinah berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai tarikh dan butiran perkahwinannya itu atas beberapa faktor peribadi.

Untuk makluman, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: