Doktor pakar kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, Dr Amalina Che Bakri baru-baru ini memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung di Hospital St. Thomas. Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina memuat naik gambar anak perempuannya yang diberi nama, Arabella Mia.
Menerusi muat naik hantaran terbaru, Dr Amalina telah berkongsi beberapa keping gambar dia sedang bersiar-siar bersama anaknya yang berada di dalam stroller sambil menikmati udara segar.
"Bella all cosy in her pram wrapped up in blankets and her cute bear hat 🐻. At four days old, she had her first walk with mummy and daddy 🥰😍," tulisnya.
Apa yang menjadi perhatian ramai, Dr Amalina dilihat sihat dan bertenaga meskipun baru empat hari melahirkan cahaya mata. Rata-rata pengikutnya memberi pelbagai reaksi. Ada yang mengagumi Dr Amalina yang kuat untuk keluar rumah tanpa menunggu habis tempoh berpantang.
Klik untuk gambar besar
Kata pengikutnya lagi, sebagai seorang doktor pasti Dr Amalina tahu tentang kesihatan dirinya dan tidak perlu sibuk bertanya sama ada dia berpantang atau tidak.
Dalam pada itu, ramai memuji Dr Amalina kelihatan cantik meskipun baru sahaja bersalin. Malah, ada segelintir wanita yang membandingkan diri mereka yang tidak terurus selepas bersalin.
Untuk makluman, Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment