21 October 2022

RASA CEMAS ISTERI MENJERIT SAKIT, ALAMI PENDARAHAN - ALIFF SYUKRI MOHON DOA



"Tengah sibuk buat live tiba-tiba isteri saya jerit kesakitan dan mengalami pendarahan yang banyak. Masa ni saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir baby dan isteri saya, awak saya sedih. Doakan yang terbaik.


"Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok. Cuma isteri saya kena baring je dan rehat untuk 3-5 bulan sebab akan bahaya untuk ibu dan baby, sampai la uri naik semula.

"Doakan semuanya dipermudahkan," tutur usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai keadaan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang kini hamil anak keenam itu mengalami pendarahan semalam sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Klik untuk gambar besar



Aliff yang memuat naik video detik cemas itu berkata ketika kejadian dia sedang melakukan sesi live di media sosial dan terkejut apabila mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan.

Dalam pada itu, Aliff turut memaklumkan doktor memberitahu kandungan berada dalam keadaan baik dan isterinya perlu berehat selama beberapa bulan.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dilahirkan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: