18 October 2022

DR AMALINA SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG, ARABELLA MIA



"Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas. Kami menyayangi dan menghargai setiap saat bersama bayi kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa menunggu kami pada masa akan datang. Ahamdulillah.


"Lots of love - Amalina & Alex 👨‍👩‍👧," itulah tulis pakar bedah kelahiran Malaysia terkenal, Dr Amalina Che Bakri yang selamat melahirkan cahaya mata sulung pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr Amalina menerusi Instargram miliknya hari ini dengan memperkenalkan puteri sulungnya yang diberi nama Arabella Mia.

Klik untuk gambar besar



Menerusi entri yang sama, Dr Amalina dan suaminya Alexander Charles meluahkan kesyukuran di atas kehadiran zuriat penuh bermakna itu.

Perkongsian Dr Amalina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Untuk makluman, Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: