18 October 2022

TUA DARI VIDA - RAMAI KAGUMI KECANTIKAN MARIA FARIDA, DIPUJI NAMPAK LEBIH MUDA



Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok yang memaparkan pelakon Datin Seri Maria Farida bersama usahawan kosmetik kontroversi, Dato' Seri Vida sedang menari sambil 'memperagakan' rantai emas dipakainya.


Namun, penampilan Maria Farida yang kekal awet muda meskipun sudah berstatus nenek itu telah menjadi perhatian ramai yang mengagumi kecantikannya. Dalam pada itu, diruangan komen, ada yang mengatakan Maria dilihat lebih muda berbanding Vida meskipun pelakon itu lebih berusia.

Malah, ada yang memuji Maria sememangnya memiliki kecantikan semula jadi dimana ada yang mengatakan pelakon itu tetap cantik walaupun tanpa mekap. Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji Vida yang dilihat sedikit kurus jika dibandingkan sebelum ini dan tetap meletop.

Terdahulu, Maria mengatakan dia tidak pernah melakukan rawatan pada wajah sedangkan dia takut dengan jarum suntikan. Kata Maria lagi, setiap wanita mampu memiliki kecantikan semula jadi tanpa melakukan rawatan yang membahayakan.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: