24 October 2022

GOSIP 'CINTA' AMIR MASDI & SHILA AMZAH - AMIR AKUI MASIH SOLO, RAPAT KERANA BADMINTON



Rasanya ramai gadis di luar sana patah hati sekiranya benar penyanyi Amir Masdi didakwa 'bercinta' dengan penyanyi, Shila Amzah. Ia berikutan mereka dikatakan sering dilihat bersama sejak menyertai program Masked Singer baru-baru ini.


Bagaimapun, tepis Amir, dia tidak tahu bagaimana gosip terbabit timbul dan menegaskan dirinya masih lagi solo.

"Kami hanya berkawan baik. Saya mula bertemu Shila ketika sama-sama menyertai program Masked Singer dan hubungan kami mula rapat selepas berjumpa di sebuah acara ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Orang luar mungkin nampak kami rapat sebab kami selalu bermain badminton bersama-sama. Bukan kami berdua saja tapi ada ramai kawan-kawan selebriti lain yang turut serta, "demikian jelas Amir.

Klik untuk gambar besar



Amir ditanya tentang gosip tersebut ketika ditemui wartawan selepas menjayakan konsert Hype Night di Kenanga Starxpo Centre Kuala Lumpur, malam tadi.

"Saya belum ada hasrat atau keinginan untuk berkenalan dengan sesiapa. Saya hanya nak fokus dengan kerjaya saya buat masa ini.

"Persahabatan saya dengan Shila pun ada sempadan sebagai kawan saja. Saya dengan mana-mana kawan wanita memang saya hadkan begitu kerana saya takut nanti terbahagi harapan antara satu sama lain.

"Boleh jadi dia terbahagi harapan atau sebaliknya. Jadi untuk elakkan sebarang perkara terjadi dan melarat ke arah yang kita tidak inginkan, lebih baik letakkan sempadan daripada awal," tambahnya dipetik melalui MyMetro.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: