13 October 2022

INI JAWAB IBU ALIFF SYUKRI BILA DITEGUR PAKAI BAJU KETAT: "SAYA DAH TANYA USTAZ"



"Saya dah tanya ustaz. Saya tak mampu nak jawab semua soalan atau memuaskan hati semua orang..!! Ni bukan kebaya ketat," itulah tulis ibu kepada jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita menerusi laman Instagram miliknya.


Baru-baru ini, Bonda Rozita ada memuat naik foto menggayakan busana berwarna merah. Bagaimnapaun, perkongsian Bonda Rozita itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat baju yang dipakainya terlalu ketat.

Tidak hanya berdiam diri, Bonda Rozita kemudian dilihat ada memuat naik perkongsikan memeparkan mesej perbualannya dengan seorang ustaz.

Menerusi mesej tersebut, Rozita bertanyakan mengenai baju yang dipakainya sama ada ketat atau tidak. Ustaz tersebut dilihat membalas, "Macam okay je" terhadap pertanyaan Rozita itu.

Rozita turut menyertakan kapsyen mengatakan bajunya tidak ketat serta menjelaskan dia tidak mampu menjawab semua solat ataupun memuaskan hati semua orang.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: