12 October 2022

NABIL GAGAL TAHAN SEBAK KONGSI SAAT TERAKHIR BERSAMA ARWAH BAPA



Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad ketika di program Meletop semalam dilihat tidak dapat menahan kesedihannya selepas mengenangkan kembali arwah ayahnya yang meninggal dunia pada 7 Oktober lalu.


Tampil bersama pelakon Datin Lisa Surihani bagi mengacarakan program berkenaan, Nabil dilihat tenang berkongsikan saat terakhir arwah bapanya.

"Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila lihat tahap oksigen arwah drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya 'kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot,' Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.

"Saya macam... banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lakukan bersama. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nabil meluahkan rasa syukur arwah sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir serta meninggal dunia pada hari yang sangat mulia.

"Saya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan penakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari Jumaat lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik," tuturnya.

Sementara itu, tular perkongsian video di TikTok yang dimuat naik seorang pengguna memaparkan Nabil dilihat tidak dapat menahan sebak.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa sebak serta memahami perasaan apabila kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi ibu bapa.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: