12 October 2022

AL-FATIHAH - PELAKON HISHAM AHMAD TAJUDDIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada pukul 4.30 petang, Rabu, pelakon Hisham Ahmad Tajuddin dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam (HSA), Selangor.


Berita sedih itu disahkan oleh anaknya Aqeela Mohd Hisham, 26, yang memaklumkan mengenai perkara itu menerusi WhatsApp.

"Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati saya ingin memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajuddin telah kembali menemui sang pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang. Sama sama sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah.. Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya.

Allahyarham yang berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru menerima rawatan di HSA sejak 29 September lalu. Sebelum ini, media melaporkan keadaan kesihatan Hisham kurang baik dan mengalami batuk berterusan selama seminggu.

Untuk makluman, Hisham Ahmad Tajuddin bergiat aktif dalam bidang seni sekitar tahun 1980. Antara filem dan drama lakonannya ialah 'Tsu Feh Sofiah', Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: