Penampilan penyanyi Sissy Iman atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 27, pada program Getaran Jiwa di TVS itu adalah yang pertama di khalayak selepas seminggu menjalani pembedahan.
"Hebatlah!" itulah antara komen pengguna laman sosial di Instagram Sissy.
Dalam pada itu, Sissy turut memberitahu doktor ada berpesan kepadanya untuk tidak terlalu lasak memandangkan dia kini dalam proses sembuh selepas dibedah baru-baru ini.
"Saya sebenarnya sudah boleh bekerja, cuma doktor pesan tak boleh lasak. Doktor juga tahu saya orang yang macam mana, sejenis yang tak boleh duduk diam. Jadi, dia pesan kalau ada apa-apa yang nak buat jangan lasak dan sentiasa peka dengan kesihatan saya.
Klik untuk gambar besar
"Kalau ada rasa perkara yang tak boleh buat jadi kena rujuk doktor. Tapi apapun saya dah okay dan berasa semakin sihat," jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai masalah kesihatan dialami hingga perlu menjalani pembedahan, Sissy berkata, dia tidak mahu terlalu memberi tumpuan pada perkara itu.
"Berkenaan pembedahan itu saya minta maaf sebab tak boleh kongsikan sebab saya tak terlalu tumpukan perhatian kepada perkara itu. Bukan apa, apabila bercerita atau teringat mengenai itu saya rasa macam tak seronok sangat. Jadi, saya memilih untuk tidak menceritakan," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment