"Benda dah nak jadi... perancangan pergi umrah bersama keluarga namun tak dapat pergi kerana ada perubahan jadual urusan kerja. Memang rasa sedih apabila hantar keluarga berlepas di lapangan terbang.
"Iyalah, sepatutnya saya ada bersama mereka di sana sekarang ini," demikian tutur pelakon Idzham Ismail yang meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menyertai rombongan keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Idzham, 34, berkata, perancangan untuk ke sana terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir disebabkan pertembungan jadual kerja yang tidak dapat dielakkan. Kedua ibu bapa Idzham bersama tiga adik beradiknya yang lain selamat berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu.
Sebelum ini, pelakon itu menerusi laman sosial memuat naik gambar bapanya di hadapan Kaabah dengan kapsyen meluahkan perasaan hajat ke sana tidak kesampaian bersama keluarganya.
Klik untuk gambar besar
"Belum rezeki saya lagi. Nak cerita kenapa tak pergi tu boleh buat saya menangis sebab semua sudah bersedia. Tetapi itulah maksudnya Allah belum jemput lagi. Sekarang ini saya kuatkan diri sahaja supaya orang sekeliling tidak nampak apa yang saya rasa," ujarnya.
Sementara itu, kata Idzham, isterinya iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin serta anak sulungnya telah mengambil keputusan untuk tidak turut serta dalam menunaikan umrah kerana mahu menemaninya di sini. Kata Idzham, dia sekeluarga sudah merancang untuk mengerjakan umrah sebelum sambutan Aidilfitri tahun hadapan.
"Isteri dan anak sulung kami juga sepatutnya pergi sama tetapi mereka ambil keputusan untuk tidak ikut serta kerana ingin menemani saya di sini. Insya Allah jika dipermudahkan segala urusan, kami rancang nak ke sana sebelum hari raya tahun depan," jelasnya.
________________________
No comments:
Post a Comment