Penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly kini dilihat banyak menghabiskan masa bersama cucu sulung yang juga anak kepada pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy.
Sheila, 51, berkata, cucu perempuannya itu juga berada dalam carta nombor satu selain menyifatkan Bunga adalah segala-galanya.
"Kesibukan saya banyak kepada Bunga El Haq (cucu). Dia keutamaan saya. Buat masa ini Bunga segala-galanya. Ke mana-mana pergi memang beli barang untuk dia. Bunga carta nombor satu saya. Kalau bab tidur masih dengan mak ayah dia. Kita takkan ambil tempat mak ayah dia.
"Saya cuma membantu meringankan sikit tanggungjawab anak-anak. Kalau mak ayah dia ada kerja, saya akan menjaga. Walaupun ada pembantu, saya tetap nak jaga. Bukan apa, dia kecil lagi jadi masih perlu dipantau.
Klik untuk gambar besar
"Kalau saya pula ada kerja, sekejap-sekejap akan tengok jam sebab nak balik cepat jumpa Bunga," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Sheila yang juga duta Maggi itu berkata, aktiviti memasak dan membuat kandungan masakan tetap berjalan seperti biasa.
"Memasak tetap memasak. Kalau tidak ada orang di rumah, saya bawa Bunga masuk dapur. Itu bukan kandungan semata-mata, tapi saya memang letak dia di dapur dan tengok saya memasak. Biarkan dia tahu. Saya tidak ada anak perempuan, jadi sejak ada Elisya, kami berkongsi minat sama," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment