23 October 2022

ELLY MAZLEIN SAMBUT BIRTHDAY PERTAMA 'HAIDER MATEEN' HARI INI



"Alhamdulillah Anak Boy Papa Mama da 1 tahun 🎈🎉🎁. Happy birthday to my wonderful Son , Haider Mateen 👨‍👩‍👧‍👦. 23 October 🎈. Cake terpaling lawoooo @madaboutcake_official x penah mengecewakan .. tq @madaboutcake_official ❤️," tulis pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein.

       
Elly menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, Haider Mateen yang genap usia setahun, hari ini. Perkhabaran tersebut dikongsikan penyanyi lagu 'Dusta Cinta' itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram, yang disertakan dengan foto kek hari jadi.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan ucapan serta mendoakan kesejahteraan buat Elly seisi keluarga.

Untuk makluman, Elly berkahwin dengan suaminya yang merupakan seorang cikgu, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, Elly turut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh tahun.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: