23 October 2022

"KAU 'URINE' AKU... KALAU TAK SANGKUT, KAU SIAP"- NAQIU CABAR PIHAK TUDUHNYA AMBIL DADAH DEK KERANA KURUS



Penyanyi, Naqiu meluahkan rasa bengang apbila dirinya dituduh mengambil bahan terlarang oleh segelintir pihak hanya kerana memiliki saiz fizikal yang kecil.


Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, berkata, dia yang sudah berhadapan dengan tuduhan sebegitu sejak sekian lama, mencabar pihak yang menuduhnya itu tampil untuk mengambil ujian air kencing bagi membuktikan dakwaan tersebut.

"Saya cabar orang yang cakap tu, kau datang jumpa aku, kau 'urine' (ujian air kencing) aku. Kalau tak 'sangkut', kau siap." Sebenarnya saya dah hadap perkara macam ni dan berpuluh tahun.

Klik untuk gambar besar



"Kepada orang yang bercakap begini, topik sampah ini, semak balik pernah ke tak fizikal saya naik atau badan saya mengembang lebih daripada saiz sekarang sebelum ini?

"Sebab ada bukti, saya dah ada dalam industri muzik dariumur 15 tahun. Saya menyepi dari 2008 dan bila saya kembali saya tetap macam ini juga. Semua orang yang kurus ambil barang ke macam mana?

"Saya tak faham, sepanjang kehidupan saya banyak kali bila 'road block', berapa kali dah saya kena buat ujian air kencing tetapi mereka hanya jalankan tugas, tak apa. Yang anda ni kenapa pulak? Orang kurus je hisap dadah, bila orang berbadan besar anda kutuk pula, anda nak apa sebenarnya?" katanya.


Menerusi temu bual yang disiarkan pada program Melodi, Naqiu berharap tuduhan sama itu tidak berbalik kepada pemfitnah malah masih mencabar individu itu untuk berhadapan dengannya.

"Saya mendoakan apa benda yang awak cakap kepada saya tak terkena kepada awak balik ataupun keturunan awak. Sebab apa, saya ada keluarga, saya boleh membayangkan perkara ini ditanya terus kepada keluarga saya, apa perasaan mereka bila orang cakap macam ni?

"Terima kasih banyak, cabaran tu masih terbuka. Anda boleh datang jumpa saya, urine saya, tapi kalau tak sangkut, anda hadaplah akibatnya," ujarnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: