Akibat penyakit kencing manis yang dihidapi sejak lebih 10 tahun lalu, kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh yang kini menetap di Masjid Tanah, Melaka bersama isteri dan seorang anaknya itu dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik.
Berkongsi keadaan terkini, isterinya iaitu Zainon, 59, memberitahu kesihatan Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan mula merosot sejak dimasukkan ke hospital pada Mei lalu kerana melecur pada bahagian tapak kaki.
"Ada seorang kenalan menawarkan untuk buat rawatan sendi ketika datang ziarah ke rumah. Bagaimanapun tiba-tiba kaki Pak Lan jadi melecur dan terpaksa di bawa ke hospital.
"Selepas beberapa minggu menerima rawatan, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana ketika itu tekanan darah rendah. Sejak itu mulalah macam-macam penyakit datang. "Sekarang ini suami sudah berada di rumah. Namun keadaan kesihatannya tidaklah begitu baik," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Zainon memberitahu suaminya berusia 65 tahun itu kini hanya terlantar di atas katil dan tidak dapat menguruskan diri sendiri. Malah, penglihatannya juga semakin kabur dan masih bergantung kepada ubat-ubatan selain perlu ke klinik berhampiran untuk mencuci bahagian luka.
"Suami saya memang dah tak boleh nak berjalan dan hanya terlantar di atas katil. Makan pun saya yang suapkan. Ada juga seorang anak kami yang membantu untuk menguruskan Pak Lan setiap hari. Akibat kesan melecur sebelum ini, Pak Lan terpaksa datang ke klinik untuk mencuci luka setiap hari," tuturnya.
Justeru itu, Zainon berkata dia amat berbesar hati jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu untuk Roslan.
Untuk makluman, Roslan merupakan seorang pelakon versatil yang sudah lama terlibat dalam dunia seni dan pernah tampil dalam berapa buah filem seperti 'Sembilu 2', 'Munafik 2' dan 'Anak Perjanjian Syaitan'.
________________________
No comments:
Post a Comment