05 October 2022

SELEPAS SEBULAN 'HILANG' - PU AZMAN UPDATE GAMBAR TERBARU TERIMA PELBAGAI REAKSI



Pelakon dan pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya memuat naik gambar terbarunya di laman Instagram, selepas hampir sebulan 'menghilangkan diri'.


Menerusi foto dikongsikan, PU Azman dilihat agak cengkung memakai t-shirt biru gelap dan berkopiah berada di sebuah kenduri dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.

"Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian PU Azman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang meluahkan rasa syukur dapat melihat update terbaru pendakwah tersebut dimana kali terakhir dikemaskini awal September lalu.

Seperti sudah dijangka, ramai yang tertanya-tanya kemana pendakwah itu 'menghilangkan diri' serta rindu untuk mendengar gurau senda PU Azman di radio.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan PU Azman dipermudahkan serta terus diperlihara dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: