05 October 2022

HARITH ISKANDER: "SAYA KELIRU... KALAU TAK NAK DIMUAT NAIK, KENAPA BERI 'FINAL VERSION' KEPADA PELAKON"



"Okey, saya keliru. Saya tahu Zul Ariffin muat naik video tersebut. Tapi, siapa bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip dan penyuntingan video? Kalau tak nak dimuat naik, kenapa beri 'final version' kepada pelakon?"


Itulah tulis pelakon dan pelawak Harith Iskander menerusi laman Instagram miliknya dimana dia tampil memberi respon berhubung isu pelakon Zul Ariffin dan Erma Fatima dan turut mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip, penggambaran dan suntingan drama 'Perempuan Itu'.

Umum sedia maklum, semalam Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram.

Jelas Zul, dia mengaku bersalah kerana tidak mahu memanjangkan kes berkenaan serta enggan membazir masa mana-mana pihak serta menyifatkan orang lain 'malaikat' namun tidak dirinya.

Klik untuk gambar besar



Susulan kenyataan Zul itu, penerbit drama 'Perempuan Itu' iaitu Erma Fatima yang memberikan respon mengatakan dia tidak tahu mesej itu ditujukan kepada siapa dan hanya Zul sahaja yang tahu

Dalam pada itu, isu berkenaan turut mendapat perhatian Harith Iskander turut mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip, penggambaran dan suntingan drama tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Harith turut keliru serta bertanyakan jika video itu tidak mahu dimuat naik di media sosial mengapa ianya diberikan kepada pelakon.

Perkongsian Harith itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu serta ada yang mendakwa pihak lain yang terlibat bersikap lepas tangan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: