05 October 2022

DATIN SHAHIDA USAP PERUT - ISTERI ALIFF SYUKRI KINI HAMIL ANAK KEENAM?



Baru-baru ini, tular video dikongsikan pengguna TikTok mengenai isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida. Menerusi video tersebut, isteri Aliff Syukri dilihat berada di satu acara bersama suami dan ibu mentuanya, Bonda Rozita.


Apa yang menjadi perhatian netizen adalah gelagat Shahida yang berjubah krim dan sedang dipimpin oleh ibu mentuanya itu sedang mengusap perutnya yang dilihat semakin membesar.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta mengucapkan tahniah di atas kehamilan anak keenam itu.

Untuk makluman, Aliff Syukri dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah, dan turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: