"Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah. Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk.
"Bila saya berada di tempat yang sejuk, sinus itu akan menjadi kembang dan membuatkan ia makin terhimpit. Saya tidak selesema, tetapi memang suara saya kedengaran seperti sedang mengalami selesema," tutur penyanyi Jacyln Victor yang mendedahkan mempunyai masalah hidung bengkok sehingga memberi kesan kepada suara dan nyanyiannya.
Jac atau nama penuhnya Jacyln Joshuar Thanaraj Victor, 44, berkata sejak kebelakangan ini hidungnya menjadi terlalu sensitif kepada persekitaran, malah masalah hidungnya itu semakin teruk lebih-lebih lagi ketika dia berada di tempat sejuk.
Klik untuk gambar besar
Selepas membuat pemeriksaan, masalah sinus dihidapi olehnya menjadi semakin teruk hingga menghimpit bahagian tepi hidung. Sementara itu, Jac berkongsi doktor telah memberikan ubat-ubatan dan menasihatinya untuk berjumpa pakar bedah bagi mendapatkan rawatan seterusnya.
"Doktor menjelaskan tempoh sembuh selepas pembedahan mungkin memakan masa sehingga tiga minggu. Apa-apa pun saya perlu berjumpa dengan pakar bedah untuk berbincang. Tapi, kalau tempoh penyembuhan mengambil masa selama tiga minggu takut juga tu," katanya.
Untuk makluman, Datuk Shafinaz Selamat pernah beberapa kali memberi komen terhadap lontaran suara Jac yang dikatakan mempunyai masalah kerana masalah yang dihadapinya itu.
________________________
No comments:
Post a Comment